Tuesday, August 3, 2010

SEJARAH KEJOHANAN

Kejohanan Iskandar Malaysia 10's Rugby Challenge 2010 merupakan kesinambungan kejohanan antarabangsa dikenali sebagai Tunku Mahkota Johor International Rugby 7's Challenge yang telah diadakan sejak tahun 2008.

Kejohanan ini dianjurkan dengan tujuan menggalakkan dan memberi pendedahan maksimum kepada bakat-bakat muda tempatan untuk bersaing dengan para pencabar dari sekolah-sekolah dan kelab ragbi antarabangsa dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran bakat-bakat muda tempatan dalam sukan ini ke taraf antarabangsa dengan menggunakan bajet pengurusan sukan sekolah yang minimum.

Anjuran bersama Kesatuan Ragbi Johor ( KRJ ) dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar ( IRDA ) beserta penglibatan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pelancongan Johor, Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan disokong oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru ( MBJB ), kejohanan ini merupakan satu landasan untuk mencungkil bakat-bakat ragbi tempatan disamping mempromosi Negeri Johor terutamanya Johor Bahru sebagai destinasi Pelancongan Sukan di rantau ini.

Semenjak bermulanya Tunku Mahkota Johor International Rugby 7's Challenge, kejohanan ini telah mendapat penyertaan dari pelajar sekolah-sekolah elit Malaysia, Singapura, Hong Kong, Jepun dan kelab ragbi antarabangsa dengan rekod penyertaan sebanyak 74 buah pasukan.

Pada tahun 2010, sebanyak 74 buah pasukan melibatkan lebih dari 1000 atlet-atlet menyertai kejohanan ini dimana secara tidak langsung menarik kira-kira 2000 penonton sepanjang kejohanan. Berdasarkan kepada bilangan ini ditambahkan lagi dengan Siaran Langsung selama 6 jam yang ditaja oleh Astro Arena, sebagai penyiar rasmi kejohanan, Iskandar Malaysia 10's Rugby Challenge 2010 telah menjadi satu kejohanan yang terbilang di Johor.

ISKANDAR MALAYSIA 10's RUGBY CHALLENGE

ISKANDAR MALAYSIA 10’s RUGBY CHALLENGE 2010
31 July – 1 August 2010
Padang Dataran Bandaraya, Johor Bahru
Under 18





...

...

...

Wednesday, June 16, 2010

Ragbi MSSM Kebangsaan Kelantan

TARIKH : 7 Jun 2010 - 12 Jun 2010
TEMPAT : Institut Perguruan Kampus Kota Bharu dan
............Maktab Sultan Ismail, Kelantan.
.
Kumpulan C :
1. Johor
2. Kedah
3. Melaka
4. Negeri Sembilan
.
Jadual Kumpulan C :
1. Johor.....VS.....Kedah
...( 12 ).............( 17 )
2. Johor.....VS.....Melaka
....( 3 )...............( 0 )
3. Johor.....VS.....Negeri Sembilan
...( 17 )..................( 25 )
.
SEMIFINAL BOWL
Johor.....VS.....Sarawak
( 28 )..............( 14 )
.
FINAL BOWL
Johor.....VS.....Melaka
( 28 )..............( 17 )
Seorang T-ReX members, Muhamad Kamil Bin Mohd Noor turut serta dalam pasukan ragbi B-18...tahniah...

T-ReX members...

1. Muhamad Kamil Bin Mohd Noor
Pasir Gudang
16 tahun
Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Johor.

2. Muhammad Fadhil Bin Abdul Halim
Pasir Gudang
16 tahun
Maktab Rendah Sains Mara Muadzam Shah, Pahang.

3. Mohd Rasidi Bin Roselan
Pasir Gudang
16 tahun
Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2, Johor.

4. Mohd Hafiz Bin Abdullah
Pasir Gudang
16 tahun
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting 2, Johor.

5. Mohd Padli Bin Sulaiman
Pasir Gudang
16 tahun
Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2, Johor.

6. Muhamad Izzuwan Bin Abdul Sham
Pasir Gudang
18 tahun
Kolej Matrikulasi Teknikal, Kedah.
T-Rex Jr.

Friday, May 7, 2010

Kejohanan Ragbi MSSM Peringkat Negeri Johor di Ledang...

Beberapa orang T-ReX Sr. dan T-ReX Jr. telah terpilih untuk mewakili daerah Pasir Gudang dalam Kejohanan Ragbi MSSM Peringkat Negeri Johor bertempat di Ledang.

NS Wanderers Juara

Perlawanan terakhir Liga Super Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) musim 2010 yang berlangsung di padang baru NS Wanderers di Kolej Tunku Jaafar, Mantin, menobatkan kelab Negeri Sembilan itu sebagai juara selepas menjinakkan saingan Cobra, 21-8, semalam.Memiliki kelebihan beraksi di halaman sendiri, NS Wanderers bagaimanapun tidak berdepan laluan mudah apabila juara liga tahun lalu, Cobra memberikan saingan sengit seawal permainan babak pertama dan suatu ketika mendahului Wanderers 5-3.

Namun Wanderers yang bercita-cita muncul juara berganda pertama dengan memenangi liga dan selepas ini Piala Super, tidak lagi menoleh untuk terus unggul hingga wisel penamat. Tahniah NS Wanderers...

Malaysia gagal sertai ragbi Asia divisyen perdana

MALAYSIA bertarung habis-habisan menentang Taiwan dalam Kejohanan Ragbi Asia Lima Negara Divisyen Satu di Stadium Yio Chu Kang. Kedua-dua pasukan tumpas pada perlawanan pertama dengan Malaysia kalah tipis kepada Singapura 22-20, sementara Taiwan tewas kepada Sri Lanka, 37-7. Dengan keputusan ini peluang pasukan negara untuk beraksi dalam divisyen perdana musim depan sudah tertutup rapat dan mengharapkan kemenangan menentang Taiwan untuk kekal di divisyen satu.

Pengurus pasukan, DSP Ridzuan Abdul Aziz, berkata skuad negara kurang bernasib baik selepas memberi tentangan sengit sepanjang permainan yang seimbang.Kesilapan pasukan ialah seawal permainan yang memberi banyak ruang kepada pasukan tuan rumah untuk membolehkan mereka mendahului 16-0 pada babak pertama menerusi pemain import mereka.“Walau apapun pemain pasukan masih bersemangat dan akan bermain habis-habisan untuk mencatat kemenangan bagi mengelakkan pasukan kembali ke divisyen dua dan seterusnya kekal dalam divisyen satu musim akan datang,” katanya.

SDAR juara Ragbi MSSNS bawah 18 tahun

Seremban, 6 Mei - Pasukan Ragbi Sekolah Dato' Abdul Razak meneruskan kecemerlangan dalam arena ragbi Negri Sembilan setelah menundukkan musuh ketatnya iaitu wakil dari Sek Men King George ke-V (KGV) dengan keputusan 18-15.Kemenangan tersebut sebagai menebus kembali kekalahan pada lawan yang sama di saingan final MSSNS tahun 2009. SDAR turut diperkuatkan lagi dengan 4 pemain kebangsaan yang mewakili Malaysia dalam kejohanan Bangkok Junior Open pada bulan Februari yang lalu. Syabas...

Apa itu sukan Ragbi?

Mengikut sejarah, permainan ini bermula pada tahun 1823 di sebuah sekolah di England. Orang yang dipercayai bertanggungjawab terhadap permulaan dan penciptaan permainan ini adalah William Web Ellis.Menurut ceritanya, semasa bermain bolasepak William Webb Ellis tanpa diduga telah menangkap bola lalu dibawanya lari. Melihatkan perbuatan Ellis itu, rakan-rakan berasa marah dan terus mengejarnya. Yang menarik, lagi kuat Ellis berlari lagi ramai rakan-rakannya mengejar.

Akhirnya terjadilah pergomolan dikalangan mereka dalam usaha merebut bola itu. Perbuatan Ellis itu diikuti pula oleh rakan-rakannya. Meraka kemudian turut melakukannya, maka bermulalah sejenis permainan baru.Bagaimanapun ketika itu tiada siapa yang mahu menerima atau mengambil perbuatan Ellis dan rakan-rakannya untuk diperkembangkan sebagai sukan.

Hanya kira-kira setengah abad kemudian, iaitu setelah Ellis meninggal dunia, barulah perbuatannya itu diingat kembali. Seorang rakannya, Mattheur Bloxam, telah menceritakan kembali perbuatan Ellis di dalam artikelnya di dalam majalah The Meteor pada tahun 1888. Sebagai mengenang jasa beliau, piala Kejohanan Ragbi Piala Dunia yang pertama telah dinamakan ”William Web Ellis Thropy” yang diadakan di Australia, di mana pasukan New Zealand telah menjadi juara dengan menumpaskan Perancis dalam perlawanan akhir, manakala Australia telah menduduki tempat ketiga.

D' T-ReX Members...

Ahli-ahli kelab ini dipilih berdasarkan penglibatan aktif dalam pertandingan-pertandingan sukan yang disertai atas nama T-ReX. Kebanyakan ahli kelab ini juga adalah bekas-bekas murid
Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 1 yang telah diberikan pendedahan mengenai sukan ragbi sejak mereka bersekolah rendah sehinggalah kini. Buat pengetahuan semua juga, futsal juga merupakan sukan utama kelab ini. Sebarang info terbaru kelab ini akan di'update'kan untuk tatapan semua ahli...Blog ini juga akan memaparkan segala yang berkaitan tentang ragbi dan isu-isu ragbi di Malaysia...harap maklum...

Welcome to D' Club

Assalamualaikum w.b.t.
Selamat Datang diucapkan kepada semua kerana melawat blog ini... Sebarang komen membina diharap-harapkan untuk proses penambah baikkan lagi blog ini. T-ReX members boleh mendaftarkan keahlian dengan menyertakan
  1. Nama penuh
  2. Asal
  3. Umur
  4. Nama sekolah / Kerja

Hanya T-ReX members yang diakui sahaja boleh mendaftarkan diri...harap maklum...TQ...
Komen dan pendaftaran keahlian boleh dihantar ke e-mail : umardarius@gmail.com