Friday, May 7, 2010

NS Wanderers Juara

Perlawanan terakhir Liga Super Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) musim 2010 yang berlangsung di padang baru NS Wanderers di Kolej Tunku Jaafar, Mantin, menobatkan kelab Negeri Sembilan itu sebagai juara selepas menjinakkan saingan Cobra, 21-8, semalam.Memiliki kelebihan beraksi di halaman sendiri, NS Wanderers bagaimanapun tidak berdepan laluan mudah apabila juara liga tahun lalu, Cobra memberikan saingan sengit seawal permainan babak pertama dan suatu ketika mendahului Wanderers 5-3.

Namun Wanderers yang bercita-cita muncul juara berganda pertama dengan memenangi liga dan selepas ini Piala Super, tidak lagi menoleh untuk terus unggul hingga wisel penamat. Tahniah NS Wanderers...

No comments:

Post a Comment