Friday, May 7, 2010

Malaysia gagal sertai ragbi Asia divisyen perdana

MALAYSIA bertarung habis-habisan menentang Taiwan dalam Kejohanan Ragbi Asia Lima Negara Divisyen Satu di Stadium Yio Chu Kang. Kedua-dua pasukan tumpas pada perlawanan pertama dengan Malaysia kalah tipis kepada Singapura 22-20, sementara Taiwan tewas kepada Sri Lanka, 37-7. Dengan keputusan ini peluang pasukan negara untuk beraksi dalam divisyen perdana musim depan sudah tertutup rapat dan mengharapkan kemenangan menentang Taiwan untuk kekal di divisyen satu.

Pengurus pasukan, DSP Ridzuan Abdul Aziz, berkata skuad negara kurang bernasib baik selepas memberi tentangan sengit sepanjang permainan yang seimbang.Kesilapan pasukan ialah seawal permainan yang memberi banyak ruang kepada pasukan tuan rumah untuk membolehkan mereka mendahului 16-0 pada babak pertama menerusi pemain import mereka.“Walau apapun pemain pasukan masih bersemangat dan akan bermain habis-habisan untuk mencatat kemenangan bagi mengelakkan pasukan kembali ke divisyen dua dan seterusnya kekal dalam divisyen satu musim akan datang,” katanya.

No comments:

Post a Comment